Cendawan Kukur (Schizophyllum commune) atau juga dikenali sebagai Kulat Sisir, atau Kulat Sisik adalah sejenis cendawan yang tumbuh pada batang kayu yang sedang melalui proses pereputan. Ia tergolong daripada keluarga Schizophylaceae. Keluarga cendawan Schizophylaceae mempunyai banyak spesies.
Saya telah berkesempatan untuk mengutip kulat ini pada batang pokok asam jawa yang telah reput di halaman rumah. Terlebih dahulu hasil kutipan kulat dijemur di bawah cahaya matahari secara langsung sekitar dua ke tiga hari untuk proses pengeringan bagi menghalau serangga kecil seperti hama, ulat dan kumbang yang turut menjadikan kulat ini sebagai sumber makanan. Proses ini juga bagi memastikan kebersihan dalam penyediaan makanan yang akan kita masak.
Kulat ini sesuai dijadikan hidangan makanan tengah hari atau makan malam dengan menu masakan seperti masak lemak, gulai, goreng dan banyak lagi.
Harga pasaran jualan kulat ini bergantung pada permintaan kawasan setempat.
Kerana kulat ini mudah ditemui di kampung saya jarang membelinya di pasar.
Teringat pengalaman zaman kanak-kanak sekitar tahun 1993 hingga 1997 mengutip kulat ini bersama ibu pada batang pokok getah yang telah ditebang lalu menjualnya kepada peraih dengan harga yang amat murah pada ketika itu.
Tergolong ketagori menu bukan pilihan menjadikan kulat jarang kita temui sebagai masakan di kedai-kedai makan.




Tiada ulasan:
Catat Ulasan