Rabu, 8 Disember 2021

DUIT SYILING LAMA 1SEN BRITISH NORTH BORNEO COMPANY 1889

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera untuk semua.Kali ini saya akan kongsikan sejarah penggunaan duit syiling satu sen British North Borneo Company pada tahun 1880an yang disimpan secara turun temurun oleh keluarga saya.


Sejarah penggunaan duit syiling ini bermula di sekitar sabah pada zaman pendudukan british pada ketika itu dimana Syarikat berpiagam Borneo Utara British mendapat hak penghasilan syiling di bawah Piagam Dirajanya, yang diberikan pada tahun 1881. Mereka mempunyai syiling 1 sen yang ditempa di England dari tahun 1882 dan syiling 1/2 sen dari tahun 1885.Syiling ini dikaitkan dengan dolar perak/silver dollar seperti yang digunakan dalam Negeri Selat dan Hong Kong.Pada tahun 1904 pengeluaran syiling ini beralih daripada penggunaan gangsa kepada tembaga-nikel untuk syiling 1 sen.


Dipermukaan hadapan syiling ini terdapat Jata Syarikat Berpiagam Borneo Utara British yang mempunyai simbul seperti perisai singa di atas dhow (perahu asli) dengan layar; perisai itu disokong oleh dua pahlawan asli, seorang memegang perisai, dan seorang lagi memegang pedang atau parang panjang asli yang besar manakala di puncak permukaan syiling terdapat dua lengan tangan memegang tongkat bendera yang bergambar singa dan di bawah terdapat reben dengan moto bertulis PERGO ET PERAGO (Yang mungkin jika diterjemahkan bermaksud: Saya melaksanakan dan saya mencapai) pada bawah jata tertulis tahun pengeluaran syiling iaitu tahun 1889.Terdapat huruf H diatas tulisan tahun 1889 bagi trademark pengeluar atau ciri keselamatan khas bagi pengeluran syiling ini dimana  huruf H merujuk kepada The Mint Birmingham Limited, atau dikenali sebagai Ralph Heaton and Sons Limited sebelum tahun 1879.


Bagi permukaan belakang syiling ini pula. Disekitar atas terdapat tulisan melengkung BRITISH NORTH BORNEO Co. Manakala dalam kalungan dua cabang daun zaitun, Terdapat tulisan ONE CENT secara melintang dan terdapat juga tulisan secara menegak dalam aksara Cina: 洋元一分 Yang mungkin berbunyi "yang yuan yat fen" atau bermaksud dolar asing satu sen.Di bawah kalungan daun zaitun  pula terdapat tulisan Jawi: ساتو سين mewakili  satu sen.


Secara umumnya duit syiling ini yang diperakukan dalam urusan perdagangan bagi kawasan taklukan syarikat berpiagam borneo utara british dengan cetakan berjumlah 9 juta keping syiling pada tahun 1889 dengan berat 9.330 gram dan saiz berdiameter 29.000 milimeter dengan bentuk berorentasikan kepingan pingat.


Sekadar ini perkongsian mengenai duit syiling satu sen Syarikat Berpiagam Borneo Utara British tahun 1889 ini. Semoga bertemu lagi di lain waktu, sekian terima kasih.


Nota:


Negara: Borneo Utara

Mata wang: Dolar Borneo Utara British

Jenis Syiling: Satu Sen (Tembaga)

Tahun: 1889

Pengeluar: Heaton and Sons (Birmingham Mint)

Pengeluaran: 9,000,000

Bahan: Tembaga

Jisim (g): 9.330 g

Saiz (mm): 29.000 mm

Orientasi: Penjajaran Pingat (Paksi 0)




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KOSA KATA BAHARU

     KOSA KATA BAHARU NO. KOSA KATA BAHARU DALAM BAHASA MELAYU NO. KOSA KATA BAHARU DALAM BAHASA MELAYU     1. selfie swafoto     35. homes...