DIALEK / LOGHAT DAERAH SIK
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera untuk semua.
Kali ini saya akan membahaskan tentang satu dialek atau loghat yang terdapat di daerah Sik. Loghat ini juga termasuk dalam kategori Bahasa Reman yang digunakan di Pattani selatan Thailand. Selain dari daerah Sik terdapat juga beberapa daerah lain di negeri Kedah yang menggunakan loghat ini termasuk Baling, Padang Terap dan sebahagian penutur dari utara negeri Perak yang secara geografinya bersempadan atau berdekatan dengan daerah-daerah tersebut.
Dialek atau loghat daerah Sik lebih tertumpu kepada sebutan atau bunyi yang sukar jika ditulis akan menghasilkan bacaan yang tepat dan betul. Akan tetapi setiap kata boleh sahaja ditulis sehingga sebutannya hampir tepat. Loghat ini boleh dikenal pasti dengan beberapa ciri seperti penerangan berikut ini.
Pemendekan suku kata
Terdapat kata dalam dialek atau loghat daerah Sik terhasil daripada pemendekan suku kata seperti beberapa contoh berikut:
Sebutan aslinya
Terdapat kata dalam dialek atau loghat daerah Sik terhasil daripada sebutan aslinya sendiri seperti beberapa contoh berikut:
Penyambung/ penguat kata
Terdapat penyambung atau penguat kata yang kadang kala digunakan dalam dialek atau loghat daerah Sik seperti beberapa contoh berikut:
Yang = hat
Kan = dih
Contoh dialog yang digunakan
Cotoh delok hat digunakan
"Jom kita singgah di kedai makan, minum air kopi sebentar."
"Jom kita beti kedey makang, makang a kopi sat"
"Kenapa mereka tidak datang lagi ke sini, mungkin marahkan kita kan."
"Wok pa demi ni tak maghi kot ni lasong maghah ke kita kot dih."

