Khamis, 18 Ogos 2022

BLOG MENGHASILKAN WANG

 


Assalamualaikum wbt & salam sejahtera.

Bagaimana iklan muncul di blog kita?

Boleh kita membuat pendapatan sampingan?

Apakah iklan tersebut mampu dikuasai oleh pemilik blog?

Kadang kala kita tertanya-tanya seperti soalan di atas. Sama seperti saya suatu ketika dahulu, tapi sekarang tidak lagi. Saya akan kongsikan kepada anda beberapa langkah yang perlu diambil untuk mengaktifkan iklan di blog anda seperti panduan berikut:

1. Cipta Blog

Langkah yang pertama anda perlulah mempunyai/mencipta blog. Terserah kepada anda mahu menggunakan blogger milik GOOGLE atau pun Word Press. Tapi ingat jika anda menggunakan blog percuma (hosted) kemungkinan peratus pendapatan anda hanya 68% perolehan jika menggunakan Google Adsense. Anda boleh menekan link biru di bawah untuk membuka akaun blog anda secara percuma:

Blogspot

Wordpress


2. Contents blog 

Langkah yang kedua buatlah postingan yang menarik minat pembaca, hasil karya yang asli dan original milik anda. Panjang penulisan sesuai dengan pembacaan sesuatu berita atau cerita. Buat cerita anda sekurang-kurang 25 postingan.

3. Daftar Akaun Google Adsense

Langkah seterusnya, anda sudah boleh daftar/ buka akaun Adsense anda. Adsense juga menyediakan peluang untuk anda memaparkan iklan bukan saja di blog tetapi juga di youtube, dan Google Apps jika anda mempunyai akaun tersebut dan bergabung untuk menayangkan iklan. Anda boleh menekan link biru di bawah untuk membuka akaun Adsense anda secara percuma:

Adsense


4. Usia Blog

Langkah seterusnya, anda perlu mamastikan usia blog  anda sekitar enam bulan ke atas.

5. Permintaan Monitisasi

Setelah semuanya anda lakukan. Anda sudah boleh cuba meminta pihak Adsense meninjau blog anda untuk mendapat kelayakan memapar iklan di blog anda. Pada kebiasaannya proses ini mengambil masa sehingga dua minggu bergantung kepada prestasi dan kualiti blog anda.


Selamat mencuba.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KOSA KATA BAHARU

     KOSA KATA BAHARU NO. KOSA KATA BAHARU DALAM BAHASA MELAYU NO. KOSA KATA BAHARU DALAM BAHASA MELAYU     1. selfie swafoto     35. homes...