Rabu, 29 Disember 2021

CARA MEMBUAT TETAPAN APN TUNETALK

TETAPAN APN TUNETALK : INTERNET LEBIH LAJU

Jika ada antara kita yang mungkin baru membeli handphone baru atau menukar sim kad baru kepada Tunetalk yang mengalami masalah internet yang slow/loading yang lambat mungkin anda boleh mencuba seperti saya  membuat tetapan APN yang baru seperti berikut:

Membuat Tetapan APN di Telefon Android

1. Pergi ke Settings > More > Cellular / Mobile Network > Access Point Name > Klik 'add' @ ‘+’ untuk menambah APN baru

2. Masukkan konfigurasi APN seperti berikut :

-Name: Tune Talk

-APN: tunetalk

-Proxy: Not set

-Port: Not set

-Username: Not set

-Password: Not set

-Server: Not set

-MMSC: Not set

-MMS proxy: 10.128.1.242

-MMS port: 80

-MCC: 502

-MNC: 19

-Authentication type: PAP

-APN type: default

-APN protocol: IPv4

-APN roaming protocol: IPv4

-Enable/disable APN: APN Enabled

-Bearer: Unspecified

-MVNO type: None

-MVNO Value: Not set




3. Setelah selesai mengisi butiran di atas tekan Save/Ok.

4. Restart semula telefon anda setelah membuat tetapan.



Membuat Tetapan APN di Telefon Apple Iphone

1. Pergi ke Settings > Cellular > Cellular Data Network > Access Point Name 

2. Masukkan konfigurasi APN seperti berikut :

Cellular Data :

-APN: tunetalk

-Username: blank

-Password: blank

-LTE Setup (Optional)

-APN: Blank

-Username: blank

-Password: blank

-MMS

-APN: tunetalk

-Username: blank

-Password: blank

-MMSC: blank

-MMS proxy: blank

-MMS Message Size: 1048576

-MMS UA Prof URL: blank

3. Setelah selesai mengisi butiran di atas tekan Save/Ok.
4. Restart semula telefon anda setelah membuat tetapan.


Selamat mencuba mungkin tiada lagi masalah internet slow atau tempoh loading yang lama sekian terima kasih.


Ahad, 26 Disember 2021

MENARA TAMING SARI

KEINDAHAN BANDAR MELAKA DARI ATAS MENARA TAMING SARI 
Assalamualaikum wbt & salam sejahtera untuk semua entry kali ni saya kongsikan pengalaman menaiki Menara Taming Sari di Melaka Bandaraya Bersejarah.

Jika anda mempunyai pengalaman menaiki menara di mana-mana tempat mungkin anda dapat rasakan kelainan jika menaiki Menara Taming Sari ini.
 



MONOLOG SEORANG TUA

MONOLOG SEORANG TUA


Apa yang ada pada usia tuaku

Ketika wangian subuh 

semakin harum di masjid

Mataku pula semakin akrab 

berkawan dengan rabun

Sendi sendi sering saja

dicubit lenguh lenguh dan gaut


Apa yang ada di usia tuaku

Ketika wang sedang galak berbunga

Selera yang manis menjadi tawar

Tenaga yang buas menjadi manja

Safa dan maruah bagaimanakan kuatur langkahnya


Apa yang ada dengan usia tuaku

Al-waqiah semakin merdu

Dengan lantunan jiharka dan nahwan

Sedang aku mengatur hurufnya belum tentu jelas tutur sebutan

Tebing tebing gusi tidak bergigi serta

Kadang kala digertak semput


Apa yang ada ketika usia tuaku

Pekerjaanku sudah mula berbicara

Tentang kuantiti dan kualiti 

Rumah sakit itu sering dikunjung

Bagaikan ke pasar membeli ikan setiap pagi


Apa yang ada di usia tuaku

Diari kejayaan dunia

Dikarang sebanyak buku

Di perpustakaan negeri

Tiada satu pun nikmat untuk diteliti

yang kubimbang buku amalanku

Bekal yang hendak diusung ke syurga    

Belum sebarispun tercatat pahala

Malah bekal ke nerakaku

Sehingga melimpah ke bumi ini di mana mana yang namanya dosa

Oh tuhanku

Apa masih berarti yang namanya taubat buat diriku tuhan.  

Jiesa87



Sabtu, 25 Disember 2021

CATATAN HATI

 NYANYIAN PADI


Sekian lamanya padi menjadi 

resepi nafkah ayah kepada kami. 

Keringat ayah menjadi baja semangat

Sebagai pembelajaran yang beerti buat kami.  


Ayah lebih dulu melukiskan cita-cita kami bukannya menjadi pesawah. 

Tidak diajarkan kami membajak, menyemai dan menanam. 

Yang diajarnya mengutip paku rawan, kangkung dan memancing haruan.

Tiada siapa diantara kami berani mempersoalkannya.

Musim padi masak mengerat, memukul dan menjemur pun tidak diajaknya cuma yang disuruh membakar jerami dan menghalau ayam ketika padi dijemur.

Ketika aku betanya kepada ayah mengapa kami tidak dibenarkan bekerja di sawah bersama ayah, tegas dia menjawab pekerjaan itu tetap dapat dilakukan dengan segala cara andai terpaksa.


Bertahun-tahun semangat ayah kami genggam Dan kukuh tersemai disanubari.

Sehingga semuanya telah dewasa punya perkerjaan sendiri yang tiada seorangpun diantara kami yang bergelar pesawah.

Jika ditanya diantara kami adik beradik tentang sawah ayah semuanya akan diam membisu Dan terus membisu.


Tinggalan ayah itu cukup menjiwai kami. Tetapi tidak seorangpun dapat memanfatkan usaha keras ayah kecuali dapat menikmati suasana kediaman yang dikelilingi sawah padi kerana setelah ayah pergi menemui ilahi kami telah menambun sawah ayah untuk dijadikan tapak perumahan buat kami adik beradik.


Ayah sememangnya tahu masa depan kami..perkerjaan kami.. yang semuanya akan melakukan apa saja andai terpaksa.


Benarlah jawapan ayah kepada pertanyaanku dulu 


Perkerjaan itu dapat dilakukan dengan segala Cara andai terpaksa


Begitu juga bagi kami kerana terpaksa kami korbankan semangat ayah yang menghidupkan kami dari sawah ini. Tiada seorangpun yang meneruskan warisan ayah kerana tiada seorangpun yang tepaksa untuk meneruskan perkerjaan ayah.  


Kini

Apa yang tinggal hanyalah kenangan  masa Lalu yang setiasa terlintas dibenak fikiran

Manisnya saat saat berkejaran di batas sawah padi bermain layang-layang

Manisnya saat saat dikejar kerbau jantan ayah 

Yang manis yang pahit

Yang indah yang gundah

Semuanya terkenang kembali


Waktu terus berlalu

Padi seolah-olah menyanyi memanggil kami kembali ke sawah 

Sayang kami tidak punya apa apa lagi 

Kecuali kenangan


Maafkan kami ayah..


Rabu, 8 Disember 2021

PANTUN MUHASABAH DIRI

 


Burung merbah terkena jebakan

Di atas pokok Pukul Lima 

Pantun Muhasabah Diri dikongsikan

Untuk renungan kita bersama


Akar seruntun dibuat ubatan

Merawat panyakit pahit rasanya

Sebelum pantun saya mulakan

Like dan subscribe janganlah lupa 


Saat cuaca menjadi redup

Awan membawa hujan bersama

Tidak berharta seumur hidup

Untunglah nyawa masih percuma


Tumbuh salak di tepi pangkin

Berduri banyak sangat bahaya

Memberi tidak menjadi miskin

Menyimpan tidak menjadi kaya


Sudah nyata suara tekukur

Sedang galak di atas atap

Sihat Kita harus bersyukur

Sakit tidak selamanya diratap


Sungguh sejuk air perigi

Mandi setelah menebang pokok

Berkerja untuk bertahun lagi

Beribadah seolah ajalnya esok


Tumbuh berkembar pokok rumia

Tumbuh dekat pokok meransi

Jangan dikejar harta dunia

Bekal akhirat belum terisi


Buluh tumpat dibuat galah

Mengait buah di tepi paya

Amal ibadat umpama rumah

Amal jariah umpama cahaya


Pergi Alor setar mencari gergaji

Tersalah arah ke kubang pasu

Yang sabar itu sifat terpuji

Yang marah itu hasutan nafsu


Bukan senang mencanting batik

Motif alam corak cantingan

Carilah yang halal lagi baik

Yang haram pula dijauhkan


Ke Tanjung Datu memancing kerisi

Dapat juga ikan gelama

Sekadar itu pantun dikongsi

Semoga memanfaatkan kita bersama





DUIT SYILING LAMA 1SEN BRITISH NORTH BORNEO COMPANY 1889

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera untuk semua.Kali ini saya akan kongsikan sejarah penggunaan duit syiling satu sen British North Borneo Company pada tahun 1880an yang disimpan secara turun temurun oleh keluarga saya.


Sejarah penggunaan duit syiling ini bermula di sekitar sabah pada zaman pendudukan british pada ketika itu dimana Syarikat berpiagam Borneo Utara British mendapat hak penghasilan syiling di bawah Piagam Dirajanya, yang diberikan pada tahun 1881. Mereka mempunyai syiling 1 sen yang ditempa di England dari tahun 1882 dan syiling 1/2 sen dari tahun 1885.Syiling ini dikaitkan dengan dolar perak/silver dollar seperti yang digunakan dalam Negeri Selat dan Hong Kong.Pada tahun 1904 pengeluaran syiling ini beralih daripada penggunaan gangsa kepada tembaga-nikel untuk syiling 1 sen.


Dipermukaan hadapan syiling ini terdapat Jata Syarikat Berpiagam Borneo Utara British yang mempunyai simbul seperti perisai singa di atas dhow (perahu asli) dengan layar; perisai itu disokong oleh dua pahlawan asli, seorang memegang perisai, dan seorang lagi memegang pedang atau parang panjang asli yang besar manakala di puncak permukaan syiling terdapat dua lengan tangan memegang tongkat bendera yang bergambar singa dan di bawah terdapat reben dengan moto bertulis PERGO ET PERAGO (Yang mungkin jika diterjemahkan bermaksud: Saya melaksanakan dan saya mencapai) pada bawah jata tertulis tahun pengeluaran syiling iaitu tahun 1889.Terdapat huruf H diatas tulisan tahun 1889 bagi trademark pengeluar atau ciri keselamatan khas bagi pengeluran syiling ini dimana  huruf H merujuk kepada The Mint Birmingham Limited, atau dikenali sebagai Ralph Heaton and Sons Limited sebelum tahun 1879.


Bagi permukaan belakang syiling ini pula. Disekitar atas terdapat tulisan melengkung BRITISH NORTH BORNEO Co. Manakala dalam kalungan dua cabang daun zaitun, Terdapat tulisan ONE CENT secara melintang dan terdapat juga tulisan secara menegak dalam aksara Cina: 洋元一分 Yang mungkin berbunyi "yang yuan yat fen" atau bermaksud dolar asing satu sen.Di bawah kalungan daun zaitun  pula terdapat tulisan Jawi: ساتو سين mewakili  satu sen.


Secara umumnya duit syiling ini yang diperakukan dalam urusan perdagangan bagi kawasan taklukan syarikat berpiagam borneo utara british dengan cetakan berjumlah 9 juta keping syiling pada tahun 1889 dengan berat 9.330 gram dan saiz berdiameter 29.000 milimeter dengan bentuk berorentasikan kepingan pingat.


Sekadar ini perkongsian mengenai duit syiling satu sen Syarikat Berpiagam Borneo Utara British tahun 1889 ini. Semoga bertemu lagi di lain waktu, sekian terima kasih.


Nota:


Negara: Borneo Utara

Mata wang: Dolar Borneo Utara British

Jenis Syiling: Satu Sen (Tembaga)

Tahun: 1889

Pengeluar: Heaton and Sons (Birmingham Mint)

Pengeluaran: 9,000,000

Bahan: Tembaga

Jisim (g): 9.330 g

Saiz (mm): 29.000 mm

Orientasi: Penjajaran Pingat (Paksi 0)




KOSA KATA BAHARU

     KOSA KATA BAHARU NO. KOSA KATA BAHARU DALAM BAHASA MELAYU NO. KOSA KATA BAHARU DALAM BAHASA MELAYU     1. selfie swafoto     35. homes...