Apa yang ada pada usia tuaku
Ketika wangian subuh
semakin harum di masjid
Mataku pula semakin akrab
berkawan dengan rabun
Sendi sendi sering saja
dicubit lenguh lenguh dan gaut
Apa yang ada di usia tuaku
Ketika wang sedang galak berbunga
Selera yang manis menjadi tawar
Tenaga yang buas menjadi manja
Safa dan maruah bagaimanakan kuatur langkahnya
Apa yang ada dengan usia tuaku
Al-waqiah semakin merdu
Dengan lantunan jiharka dan nahwan
Sedang aku mengatur hurufnya belum tentu jelas tutur sebutan
Tebing tebing gusi tidak bergigi serta
Kadang kala digertak semput
Apa yang ada ketika usia tuaku
Pekerjaanku sudah mula berbicara
Tentang kuantiti dan kualiti
Rumah sakit itu sering dikunjung
Bagaikan ke pasar membeli ikan setiap pagi
Apa yang ada di usia tuaku
Diari kejayaan dunia
Dikarang sebanyak buku
Di perpustakaan negeri
Tiada satu pun nikmat untuk diteliti
yang kubimbang buku amalanku
Bekal yang hendak diusung ke syurga
Belum sebarispun tercatat pahala
Malah bekal ke nerakaku
Sehingga melimpah ke bumi ini di mana mana yang namanya dosa
Oh tuhanku
Apa masih berarti yang namanya taubat buat diriku tuhan.
Jiesa87
Tiada ulasan:
Catat Ulasan