Sabtu, 29 Oktober 2022

MEMPERKASA BAHASA MELAYU DAN BAHASA ANTARABANGSA

MEMPERKASA BAHASA MELAYU DAN BAHASA ANTARABANGSA


Perjuangan memperkasa Bahasa Melayu dan bahasa antarabangsa dalam urusan rasmi kerajaan amatlah penting bagi melancarkan penyampaian  maklumat kepada masyarakat atau pelanggan mahupun perhubungan sesama agensi kerajaan.



Peluang yang terbaik ini telah dimanfaatkan oleh pihak Majlis Daerah Sik bagi memperbaiki penggunaan Bahasa Melayu di kalangan kakitangan dalam penulisan surat rasmi dan minit mesyuarat dengan penganjuran Kursus Penulisan Surat Rasmi dan Minit Mesyuarat Yang Betul dengan kerjasama pihak Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara. 



Kursus yang telah berlangsung pada 3 Ogos 2022 (Isnin) yang menampilkan Munsyi DBP tuan Harum bin Awang, seorang penceramah yang berpengalaman luas dalam kepakaran penguasaan Bahasa Melayu telah berjaya dilaksanakan dengan penyertaan seramai 34 orang kakitangan Majlis Daerah Sik dan  Pejabat Daerah & Tanah Daerah Sik.


Pautan: Kursus Penulisan Surat Rasmi & Minit Mesyuarat Yang Betul Bersama DBPWU


Manakala penganjuran Kursus Asas Berbahasa Bahasa Antarabangsa telah diadakan pada 07 dan 14 Jun 2022 (Selasa) di Bilik Mesyuarat MDS dan Sik Inn MDS dengan kerjasama pihak Universiti Utara Malaysia ( SLCP UUM) dengan mempelajari asas Bahasa Arab dan Bahasa Mandarin dengan penyertaan seramai 40 orang kakitangan.




Pautan: Kursus Asas Berbahasa Bahasa Antarabangsa Kerjasama UUM


Sabtu, 8 Oktober 2022

KULAT SISIR

Cendawan Kukur (Schizophyllum commune) atau juga dikenali sebagai Kulat Sisir, atau Kulat Sisik adalah sejenis cendawan yang tumbuh pada batang kayu yang sedang melalui proses pereputan. Ia tergolong daripada keluarga Schizophylaceae. Keluarga cendawan Schizophylaceae mempunyai banyak spesies. 

Saya telah berkesempatan untuk mengutip kulat ini pada batang pokok asam jawa yang telah reput di halaman rumah. Terlebih dahulu hasil kutipan kulat dijemur di bawah cahaya matahari secara langsung sekitar dua ke tiga hari untuk proses pengeringan bagi menghalau serangga kecil seperti hama, ulat dan kumbang yang turut menjadikan kulat ini sebagai sumber makanan. Proses ini juga bagi memastikan kebersihan dalam penyediaan makanan yang akan kita masak.




Kulat ini sesuai dijadikan hidangan makanan tengah hari atau makan malam dengan menu masakan seperti masak lemak, gulai, goreng dan banyak lagi. Harga pasaran jualan kulat ini bergantung pada permintaan kawasan setempat. 

Kerana kulat ini mudah ditemui di kampung saya jarang membelinya di pasar. Teringat pengalaman zaman kanak-kanak sekitar tahun 1993 hingga 1997 mengutip kulat ini bersama ibu pada batang pokok getah yang telah ditebang lalu menjualnya kepada peraih dengan harga yang amat murah pada ketika itu. Tergolong ketagori menu bukan pilihan menjadikan kulat jarang kita temui sebagai masakan di kedai-kedai makan.




KOSA KATA BAHARU

     KOSA KATA BAHARU NO. KOSA KATA BAHARU DALAM BAHASA MELAYU NO. KOSA KATA BAHARU DALAM BAHASA MELAYU     1. selfie swafoto     35. homes...