Ahad, 2 Januari 2022

 


PANTUN WARISAN MELAYU

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera untuk semua pembaca blog Jiesa87. Topik kali ini saya akan bahaskan berkenaan satu pertandingan pantun yang telah saya sertai anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka bersama Rangkaian Hotel Seri Malaysia.

Pertandingan sambung pantun yang telah diadakan bagi dua siri itu sebenarnya menawarkan hadiah yang sangat lumayan dan berbaloi kepada para pemenang. 

Usaha murni pihak yang berkaitan terus mempertahankan satu lagi warisan bahasa kita amatlah disanjung tinggi dalam memelihara martabat puisi tradisional.


Sabtu, 1 Januari 2022

DUIT SYILING 1 SEN STRAITS SETTLEMENT



Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua entry kali ini saya akan kongsikan koleksi duit syiling one dollar strait settlement yang digunakan di negara kita pada suatu ketika dahulu. Koleksi duit syiling yang diperolegi daripada hasil simpanan keluarga saya secara turun temurun.


Dolar Perdagangan British adalah satu bentuk syiling jongkong yang dikeluarkan bagi United Kingdom yang bertujuan untuk memudahkan perdagangan asing di Asia Timur.


Antara tahun 1875 hingga tahun 1895 menyaksikan kejatuhan harga perak, selain daripada mengganggu perdagangan ianya juga mengakibatkan kekurangan dolar yang ditempa bagi setiap pengeluaran. Untuk mengatasi kekurangan ini, kelulusan telah diberikan pada tahun 1894 untuk mencetak Dolar Perdagangan British ini, untuk kegunaan umum di kawasan Timur.


Syiling ini direka bentuk oleh George William de Saulles yang menggambarkan pada bahagian hadapannya figura Britannia yang berdiri di atas batu di pantai, memegang trisula dengan tangan kanan dan mengimbangi perisai British dengan tangan kiri, terdapat juga sebuah kapal dagang sedang berlayar di belakang. Duit syiling Ini tidak menggunakan gambar raja British seperti yang biasa digunakan pada duit syiling British yang lain, hal ini kerana tujuan utamanya adalah untuk menjadikan syiling Empayar British ini boleh diterima di negara luar atau lebih tepat lagi di kawasan jajahannya. Di bahagian belakang pula reka bentuk arabesque dengan simbol Cina bagi panjang umur di tengah permukaan syiling, dan di dominasi dalam dua bahasa iaitu Cina dan Melayu.


Pada tahun 1895, Dolar Perdagangan British diberi status sah di jajahan British di Negeri-Negeri Selat dan Labuan. Peredarannya di Negeri-Negeri Selat dan Labuan tidak begitu lama selepas Negeri-Negeri Selat memperkenalkan Dolar Selat mereka sendiri pada tahun 1903.  


Bahagian depan permukaan syiling


Dikelilingi oleh motif  "Oriental" dengan corak utama bahagian hadapan syiling menunjukkan sosok berdiri seorang Britannia atau personiliti wanita Great Britain, memegang trisula dengan tangan kanan dan mengimbangi perisai bercorak bendera Union Jack British di tangan kirinya, selendang gaunnya seolah-olah berterbangan ditiup angin di belakang. Dengan memakai topi keledar Corinthian berjambul ditolak sedikit ke belakang untuk mendedahkan mukanya. Britannia berdiri di atas batu di tepi pantai, dengan kapal dagang seolah-olah sedang berlayar di lautan pada belakang latar permukaan syiling.


Sekitar kiri dan kanan, bertulis nilai syiling ONE DOLLAR. Di bawah kaki Britannia, bertulis tahun pengeluaran syiling bagi edisi tahun 1902.


Terdapat juga tanda trademark atau ciri khas keselamatan pengeluaran syiling ini yang terbahagi kepada dua iaitu satu pengeluaran  Bombay dengan tanda kecil huruf B di serampang tengah trisula Britannia dan yang kedua pengeluaran Calcutta dengan huruf kecil C di atas tanah di antara kaki Britannia dan perisainya. Jika anda mempunyai koleksi syiling ini, bolehlah anda menyemaknya sama ada anda mempunyai syiling pengeluaran jenis B atau C. Sekiranya anda mempunyai syiling yang berhuruf C atau keluaran di Calcutta anda sangat bertuah kerana pengeluaran syiling satu dollar bagi tahun 1902 ini sangat sedikit berbanding B atau pengeluaran di Bombay.


Dibahagian belakang duit syiling pula


Dikelilingi oleh motif "Oriental" dengan corak utama bahagian belakang syiling menggambarkan reka bentuk skrol yang dibahagikan kepada empat petak yang mengandungi aksara Cina 壹 圓 yang ditulis secara menegak di kotak atas dan bawah yang mungkin jika diterjemahkan sebagai "yat yuen" atau "yi yuan", dan di kiri dan kanan kotak di tulis dengan tulisan jawi ساتو رڠڬية - yang masing masing membawa maksud satu ringgit atau one dollar.


Manakala di tengah-tengah permukaan syiling terdapat simbol labirint Cina yang membawa maksud/mewakili panjang umur.


Jadi sekadar ini perkongsian saya mengenai duit syiling one dollar straits settlement tahun 1902 semoga berjumpa lagi di masa akan datang.


Sekian, terima kasih.

KOSA KATA BAHARU

     KOSA KATA BAHARU NO. KOSA KATA BAHARU DALAM BAHASA MELAYU NO. KOSA KATA BAHARU DALAM BAHASA MELAYU     1. selfie swafoto     35. homes...