Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua rakan-rakan pembaca yang telah berkunjung ke laman Jiesa87. Entry kali ini saya akan berkongsikan Kaedah Pembayaran Pencen pada suatu ketika di era 80an. Mungkin ada diantara kita yang mengetahui dan mungkin tidak bagi generasi baharu. Saya juga berkongsikan kaedah ini berdasarkan hasil simpanan rekod keluarga saya.
Diberi nama Waran Pencen, itulah kaedah/transaksi pembayaran yang dilakukan oleh kerajaan kepada pesara/orang yang telah berpencen setelah berkhidmat di dalam sektor awam. Sebaik sahaja individu berpencen pihak JPA akan menghantar Waran Pencen ini setiap tahun kepada individu yang berpencen.
Waran Pencen berupa buku seakan-akan buku cek yang hanya mempunyai 12 keping kertas yang telah dicatatkan jumlah bayaran pencen yang tertera pada setiap helaian. Ini juga berbeza mengikut jumlah pencen individu masing-masing. Uniknya Waran Pencen ini walaupun sudah dimiliki oleh individu yang berpencen tetapi mereka tidak boleh mengeluarkan wang pencen tersebut sesuka hati, sebaliknya perlu menunggu tempoh matang atau menuntut pembayarannya setelah cukup bulan. Individu yang memiliki Waran Pencen boleh menunaikan wang pencen itu di bank yang telah disenaraikan oleh pihak JPA. Tidak perlu risau banyak sekali bank-bank yang disenaraikan pada waktu itu.
Jika diteliti agak rumit jugakan transaksi pembayaran ini dilakukan memandangkan orang yang berpencen usianya nungkin antara 58 tahun ke atas kalau muda pun mungkin yang berumur 45 tahun. Tetapi inilah keadah yang terbaik pada masa tu di era 80an yang masih belum ada transaksi online seperti sekarang bukan?. Beruntung generasi yang berpencen sekarang kerana sudah ada transaksi online.
Apapun sekadar ini perkongsian saya berkenaan Waran Pencen, semoga perkongsian ini memberi manfaat dan rujukan untuk kita bersama. Di bawah ini saya kongsikan video yang mungkin lebih jelas apa yang saya ceritakan berkenaan Waran Pencen Semoga berjumpa lagi sekian terima kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan